Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gor Mahia bakal cipta sejarah

    JOHANNESBURG, 31 Julai – Gor Mahia dijangka menjadi kelab Kenya pertama untuk mara ke suku akhir Piala Konfederasi CAF selepas menang 3-2 ke atas Young Africans dari Tanzania di laman lawan.

    Pemimpin Kumpulan D memerlukan dua mata daripada dua perlawanan untuk meraih lapan pasukan terakhir bagi kejohanan itu, yang sebanding dengan Liga Europa UEFA.

    Gor yang berpangkalan dari Nairobi akan melayan Rayon Sports dari Rwanda pada 19 Ogos, kemudian melengkapkan liga mini mereka 10 hari kemudian menentang USM Alger dari Algeria.

    Gor merupakan satu-satunya kelab Kenya yang pernah menjulang trofi CAF, memenangi Piala Pemenang Piala Afrika, yang sudah ditiadakan, 31 tahun yang lalu.

    Gol-gol daripada George Odhiambo, selepas 34 saat, Jacques Tuyisenge dan Haroun Shakave telah menjulang Gor ke kedudukan teratas, mengatasi USM Alger menerusi jaringan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda