Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gordon diketepikan, cedera digigit anjing

    LOS ANGELES, 28 DIS – Denver Nuggets akan beraksi tanpa penyerang Aaron Gordon ketika dia pulih daripada kecederaan akibat gigitan anjing di muka dan tangannya, kata pasukan NBA hari ini.

    Dalam satu kenyataan ringkas, Nuggets berkata Gordon ‘berada dalam keadaan baik dan tidak akan bersama pasukan sementara dia pulih.’

    Menurut kenyataan itu, dia ‘mengalami luka di muka dan tangannya kerana digigit anjing pada 25 Disember.’

    Laman web Athletic melaporkan Gordon memerlukan 21 jahitan.

    Nuggets telah menewaskan Golden State Warriors 120-114 pada Hari Natal di Denver.

    Aksi Gordon membuat lontaran sementara Curry terjatuh dalam separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA yang berlangusng di Denver pada 25 Disember 2023. – AP

    Gordon telah menjaringkan 16 mata dan mencatat 10 rebound dalam kemenangan itu.

    Pemain berusia 28 tahun itu mengumpul purata 13.6 mata dan 6.9 rebound dalam setiap perlawanan manakala meraih 52.5 peratus jaringan dari gelanggang dalam 28 perlawanan.

    Dia terlepas empat perlawanan kerana kecederaan tumit kanan.

    Jurulatih Nuggets, Michael Malone berkata Nuggets yang kini mencatat 22-10 dan menduduki tempat kedua dalam Western Conference di belakang Minnesota, tidak akan meminta Gordon kembali segera.

    “Kami memerlukannya sembuh sepenuhnya,” kata Malone. “Mengharungi sesuatu seperti itu bukanlah mudah di mana awda perlu sembuh dari segi fizikal dan juga mental.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda