Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gordon Ramsay jalani pembedahan kanser kulit

    Cef selebriti Britain, Gordon Ramsay, mendedahkan beliau baru sahaja menjalani pembedahan membuang sel kanser kulit.

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ramsay, 58, mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang pantas melakukan prosedur membuang Basal Cell Carcinoma (BCC), iaitu sejenis kanser kulit yang biasa berlaku akibat pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari.

    Hantaran itu turut memaparkan dua foto iaitu satu menunjukkan profil sisi wajahnya dengan balutan di bawah telinga kiri, manakala satu lagi memperlihatkan kesan parut selepas pembedahan.

    “Jangan lupa gunakan krim tabir,” tulis Ramsay kepada 19 juta pengikutnya memetik laporan BH Online.

    Dalam pada itu, beliau sempat berseloroh bahawa pembedahan itu bukan untuk tujuan kosmetik.

    “Ini bukan ‘face lift’…Kalau betul, saya sudah minta pulangan wang,” guraunya.

    Pengumuman itu dibuat hanya beberapa hari selepas beliau mengumumkan musim ke-24 rancangan realiti masak popular Hell’s Kitchen, yang mula bersiaran di Amerika Syarikat sejak 2005.

    Sementara itu, meninjau ruangan komen ramai yang menzahirkan rasa simpati terhadap Ramsay sambil mendoakan beliau cepat sembuh. – Agensi

    Ramsay menunjukan kesan selepas menjalani pembedahan di bahagian bawah telinga kiri akibat kanser kulit. – IG Gordon Ramsay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda