Goretzka lanjut kontrak Bayern hingga 2026

BERLIN, 16 SEPT – Leon Goretzka telah menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia kekal bersama Bayern Munich sehingga 2026, umum kelab itu.

Tindakan itu diambil selepas dia mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Joshua Kimmich yang juga memberi komitmen kepada juara Bundesliga itu.

Goretzka akan tamat kontrak pada hujung musim ini tetapi pemain tengah itu komited menyambung kontraknya selama lima tahun beberapa minggu selepas Kimmich melanjutkan kontrak Bayern sehingga 2025.

“Kami gembira Joshua Kimmich dan Leon Goretzka masih bersama kami,” kata pengarah sukan, Hasan Salihamidzic.

Sejak menyertai Bayern daripada Schalke tiga tahun lalu, Goretzka, 26, berjaya membentuk gandingan cemerlang bersama Kimmich dan berjaya meraih kejuaraan Bundesliga dan Liga Juara-Juara untuk dua tahun berturut-turut pada 2020.

Goretzka sudah menjaringkan 25 gol dalam 118 penampilan bersama Bayern dan ingin meraih lebih banyak kejayaan bersama Munich, yang sedang memburu gelaran Bundesliga kesepuluh berturut-turut.

“Bersama FC Bayern, kami telah memenangi segala-galanya dalam tempoh tiga tahun lalu, namun lebih seronok rasanya untuk mengulang kejayaan berkenaan,” katanya.

Penandatanganan Kimmich dan Goretzka bermakna Bayern telah menjamin kebanyakan pemain bintang untuk musim akan datang.

Kapten Manuel Neur, Thomas Mueller, Robert Lewandowski, Serge Gnabry dan Kingsley Coman semuanya terikat sehingga 2023. – AFP

Jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann (kanan) bercakap kepada Leon Goretzka semasa perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan E di antara Barcelona dan Bayern Munich di stadium Camp Nou di Barcelona. – AFP