Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Goretzka wira Jerman

    SOCHI, Rusia, 30 Jun – Jerman menempah tiket final Piala Konfederasi selepas membenam Mexico 4-1, dengan Leon Goretzka meledak dua gol pada aksi separuh akhir menarik, awal pagi tadi.

    Goretzka yang beraksi di bahagian tengah menyerang menggegar gawang pada minit keenam dan kelapan permainan sebelum Timo Werner dan pemain gantian, Amin Younes melengkapkan kemenangan pada babak kedua.

    Marco Fabian menjaringkan gol sagu hati Mexico pada minit ke-89 menerusi sepakan percuma menarik daripada jarak jauh.

    Jerman yang juga juara dunia akan bertemu juara Amerika Selatan, Chile pada aksi final di St Petersburg manakala Mexico akan berdepan Portugal pada aksi penentuan tempat ketiga di Moscow.

    “Kami perlu memberikan ganjaran kepada diri sendiri atas kerja keras dan kami mahu merebut kejuaraan ini,” kata Goretzka.

    Penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa gagal menghalang rembatan Goretzka (kiri) untuk gol pembukaan separuh akhir Piala Konfederasi 2017 di Stadium Fisht di Sochi, kelmarin. – AP
    Penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa gagal menghalang rembatan Goretzka (kiri) untuk gol pembukaan separuh akhir Piala Konfederasi 2017 di Stadium Fisht di Sochi, kelmarin. – AP

    Chile sebelum ini berjaya mengikat Jerman 1-1 pada aksi peringkat kumpulan ketika kedua-dua pasukan bertemu di Kazan, Khamis lalu.

    “Kami sudah bertemu mereka di peringkat kumpulan dan kami tahu mereka bagus, mereka adalah satu daripada pasukan terbaik di kejohanan ini setakat ini,” kata kapten Jerman, Julian Draxler.

    Goretzka dan Werner kini adalah penjaring terbanyak pada aksi di Russia dengan masing-masing sudah mengumpul tiga gol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda