Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gorgosaurus dijual AS$6.1 juta

    NEW YORK, 29 JULAI – Rangka pertama dinosaur Gorgosaurus telah dijual pada harga AS$6.1 juta pada pelelongan Sotheby’s di New York semalam.

    Spesimen setinggi 10 kaki dan 22 kaki panjang itu telah lama dijangka dijual di antara AS$5 juta dan AS$8 juta.

    “Keputusan itu menempatkan Gorgosaurus di antara dinosaur paling berharga pernah dijual pada pelelongan, dan menetapkan pe-nanda aras baharu untuk rangka Gorgosaurus,” kata Sotheby’s dalam satu kenyataan.

    Gorgosaurus merayau-rayau di bumi kira-kira 77 juta tahun lalu.

    Haiwan dewasa mempunyai berat dua tan, lebih kecil daripada saudaranya yang lebih terkenal, Tyrannosaurus Rex.

    Pakar paleontologi berkata ia lebih ganas dan lebih tangkas daripada T-Rex, dengan gigitan lebih kuat kira-kira 42,000 newton berbanding 35,000.

    Rangka itu ditemui di Sungai Judith berdekatan Havre, di negeri AS Montana pada 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda