Tuesday, February 25, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gosip pertunangan Fattah Amin, Amira Othman hanya gurauan

    Penyanyi Amira Othman tidak mengetahui punca timbulnya gosip mendakwa dia sudah bertunang dengan pelakon Fattah Amin, minggu lalu.

    Menjawab mengenai perkara itu, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, menganggap gosip berkenaan hanyalah gurauan dalam kalangan peminat.

    “Tentang pertunangan itu saya pun tak pasti dari mana datangnya. Apa yang saya boleh katakan memang tiada pertunangan dengan Fattah.

    “Memang terkejut mendengar berita ini. Mungkin ada yang terlalu teruja sehingga ada yang membuat spekulasi begitu,” katanya kepada mStar.

    Amira ditemui ketika majlis sidang media pelancaran Kempen Ramadan Raya Media Prima yang berlangsung di Kuala Lumpur kelmarin.

    Gosip pertunangan Amira dan Fattah ini menjadi bualan selepas tular di media sosial mendakwa majlis tersebut berlangsung pada 21 Februari lalu.

    Dalam pada itu, Amira berkata dia akur namanya bersama Fattah akan terus dikaitkan selepas kerjasama mereka dalam lagu terbaharu berjudul Bila Nak Kahwin.

    “Saya yang mulakan gimik ini dari awal. Saya terima gosip ini dengan lapang dada sebab tahu apa kesannya. Tak timbul rasa rimas atau marah. Saya tenang berdepan gosip ini.

    “Rasanya Fattah juga sedia berdepan gosip ini. Ini lumrah anak seni,” ujarnya.

    Mengulas mengenai hubungannya dengan ibu Fattah, Amira berkata penampilan sedondon mereka ketika menghadiri majlis agama hanyalah kebetulan.

    “Saya pun tak tahu siapa tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.  Peminat mungkin mahu menyakat sebab saya dan ibu Fattah pakai baju sedondon,” jelasnya. – Agensi

    Amira Othman nafi sudah bertunang dengan Fattah Amin.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda