Monday, December 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gosip Taemin dan penari tidak benar

    Sudulan berita palsu melibatkan anggota kumpulan SHINee iaitu Taemin, syarikat pengurusannya Big Planet Made (BPM) akan mengambil tindakan undang-undang.

    Ini selepas seorang pengguna X menyiarkan semula spekulasi hubungan antara Taemin, 31, dan penari Noze yang didakwa berlaku pada tahun lalu.

    Individu berkenaan memuat naik klip video yang menunjukkan Noze hadir di konsert Taemin sekali gus mencetuskan spekulasi tersebut.

    Khabar angin ini telah menjejaskan reputasi Taemin sehingga menyebabkan peminat kecewa dan menyebarkan rasa kebencian, lapor mStar.

    Oleh itu, BPM Entertainment mengumumkan tindakan undang-undang yang tegas terhadap penyebaran fitnah dan maklumat palsu berkaitan Taemin.

    “Kami akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu.

    “Kami akan mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan aktiviti berniat jahat itu daripada berulang kembali,” katanya.

    BPM Entertainment berkongsi kenyataan itu menerusi platform X. – Agensi

    Agensi Taemin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda