Kumpulan terkenal Korea Selatan, GOT7 dan Pentagon telah diiktiraf sebagai kumpulan artis yang bergiat aktif dalam perkhidmatan komuniti mereka.
Pada 30 Oktober lalu, Pertubuhan Sukarelawan Bangsa-Bangsa Bersatu Korea telah mengumumkan bahawa kedua-dua kumpulan tersebut akan dianugerahkan, Anugerah Sukarelawan Berkongsi Korea 2019 sebagai pengiktirafan perkhidmatan mereka kepada masyarakat tempatan. GOT7 dan Pentagon telah berjaya memenangi Anugerah Grand Sukarelawan Korea bersama dengan penerima lain termasuk beberapa orang individu dari institusi awam dan syarikat-syarikat swasta.
Anugerah Sukarelawan Korea 2019 itu akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Kerajaan dan jawatankuasa kecil kongres, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan dan Kementerian Pertahanan Nasional. Anugerah tersebut akan diadakan di Dewan Seni KBS, Korea Selatan. – Agensi
