Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gotong-royong bersih halaman rumah

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 23 MAC – Sebagai salah satu usaha membangun dan membentuk masyarakat dengan membuat kerja-kerja amal, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Telisai dengan kerjasama penduduk dari Mukim Telisai mengadakan aktiviti kempen gotong-royong membersihkan halaman dan kawasan rumah kepunyaan Dayang Salsi binti Anyuk di Kampung Danau, Tutong, baru-baru ini.

    Hadir dalam aktiviti gotong-royong berkenaan ialah Penghulu Mukim Telisai, Haji Haslan bin Haji Shahbudin, ketua-ketua Kampung Danau, Telisai dan RPN Bukit Beruang Kawasan 3 serta penduduk kampung.

    Aktiviti itu bertujuan untuk membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.

    Kebersihan bermula daripada diri sendiri, rumah, kampung, mukim dan negara.

    Keadaan halaman rumah yang bersih sudah setentunya menjadikan tempat itu nampak indah sebaliknya jika tidak diurus dengan baik sudah setentunya mengundang banyak perkara seperti adanya binatang-binatang berbisa, mudah untuk nyamuk membiak dan seterusnya mengundang penyakit.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membersihkan halaman rumah mereka serta dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat dengan ahli MPM.

    Aktiviti gotong-royong berkenaan akan dilaratkan ke tiga buah kampung di bawah tadahan Mukim Telisai iaitu Kampung Telisai, Kampung Bukit Beruang, Kampung RPN Bukit Beruang.

    Acara juga menyaksikan penyampaian sumbangan berupa barangan asasi untuk keperluan keluarga berkenaan yang dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

    Penyampaian sumbangan berupa barangan asasi.- Gambar serahan MPM Telisai
    Suasana semasa kempen gotong-royong tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda