Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 8 DIS – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Teraban dan Majlis Perundingan Mukim (MPM) Belait menganjurkan kempen gotong-royong di sekitar Pos Kawalan Sungai Tujoh sempena Kempen Hari Bertindak (DoA).
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penghulu Mukim Belait, Haji Muhammad Afiq bin Zainuddin, yang turut disertai oleh ketua-ketua kampung dari seluruh Daerah Belait dan anggota jawatankuasa penganjur kempen tersebut.
Kempen itu melibatkan pembersihan kawasan tepi jalan raya yang menghala ke Pos Kawalan Sungai Tujoh.
Aktiviti itu dijalankan dalam semangat sukarelawan, dengan tujuan untuk menekankan pentingnya persekitaran yang bersih dan bebas sampah serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.