Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gotong-royong bersihkan masjid

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Seramai 50 orang penduduk Kampung Lumapas telah menyertai kempen membersihkan Masjid Kampung Lumapas, hari ini.

    Kempen yang bertumpu kepada kawasan dalam masjid dan kawasan letak kereta di masjid berkenaan turut melibatkan 15 orang ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    Hadir sama di acara tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong yang juga Ketua Kampung Lumapas B dan Pemangku Ketua Kampung Lumapas A, Haji Saini bin Haji Maidin.

    Kempen itu dikendalikan oleh MPK Lumapas A dan B bersama AJK takmir masjid dan penduduk kampung berkenaan.

    ATAS & BAWAH: Antara yang mengambil bahagian dalam kempen membersihkan Masjid Kampung Lumapas, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN MPK LUMAPAS
    GAMBAR SERAHAN MPK LUMAPAS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda