Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Muslimah Masjid Pehin Khatib Abdullah (PeKA) Kampung Kulapis telah mengadakan gotong-royong membersihkan masjid dan kawasan sekitarnya baru-baru ini.
Hadir menyertai kempen berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Kulapis, Awang Yushahril bin Haji Abdul Rahman dan Pemangku Ketua Imam, Haji Burhanuddin bin Haji Damit.
Kempen berkenaan diadakan adalah untuk mengutamakan kebersihan di masjid adalah antara yang dituntut dalam ugama Islam. Amalan menjaga kebersihan adalah amalan yang mulia di sisi Allah SWT dan juga merupakan salah satu aktiviti AJK Takmir Masjid, Muslimah Masjid dan penduduk kampung berkenaan.
Kempen itu juga disertai oleh pegawai dan ahli Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Cawangan Sengkurong yang diketuai oleh P/ASP Shahassanal Izzat bin Haji Shahibulbahri dan Inspektor Muhammad Nawawi bin Awang Abdul Rahim dan juga ahli-ahli Muslimah Masjid PeKA.
Kempen kebersihan meliputi kawasan dalam masjid seperti bilik ibadah, stor, kelas pengajian, dewan serbaguna,tandas dan juga kawasan di luar masjid seperti memotong rumput, memelihara bunga-bungaan dan tanaman-tanaman yang ada di kawasan masjid berkenaan.
Kempen tersebut turut diselajurkan dengan Majlis Tahlil yang dibacakan oleh Imam Haji Burhanuddin bin Haji Damit.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/6-Gotong-1.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/6-Gotong-2.jpg)