Oleh Daniel Lim – BELAIT, 19 DIS – Sebagai persediaan menyambut tahun baharu, Jawatankuasa dan Biro Wanita Rumah Panjang Teraja telah menjalankan kempen kebersihan di kawasan sekitar rumah panjang itu pada 17 Disember lalu. Antara tumpuan kempen itu adalah kawasan berhampiran papan kenyataan awam, serta pemotongan rumput dan pokok di tepi jalan menuju ke rumah

