SERIA, 11 Nov – Dengan matlamat untuk membudayakan semangat bergotong-royong dan kerjasama dalam kalangan penduduk kampung, lebih 50 orang penduduk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lumut mengadakan kempen kebersihan bagi kawasan taman permainan yang terdapat di RPN Lumut, hari ini.
Kempen yang diketuai oleh Pemangku Ketua RPN Kampung Lumut, Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud itu menyaksikan penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan taman permainan bagi Zon A iaitu Simpang 286-30-35 sebagai fasa pertama dalam kempen berkenaan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)