Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gotong-royong bersihkan taman permainan

    Oleh Sim Y. H.

    SERIA, 11 Nov – Dengan matlamat untuk membudayakan semangat bergotong-royong dan kerjasama dalam kalangan penduduk kampung, lebih 50 orang penduduk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lumut mengadakan kempen kebersihan bagi kawasan taman permainan yang terdapat di RPN Lumut, hari ini.

    Kempen yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung RPN Lumut, Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud itu menyaksikan penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan taman permainan bagi Zon A iaitu Simpang 286-30-35 sebagai fasa pertama dalam kempen berkenaan.

    Manakala itu, kempen yang serupa akan diteruskan dalam fasa kedua di kawasan Zon B dan Zon C yang dijadualkan diadakan pada 18 November nanti.

    Kempen kebersihan itu melibatkan penduduk sekitar RPN Kampung Lumut yang dihasratkan untuk memupuk perpaduan dan silaturahim dalam kalangan ahli Jawatankuasa Task Force RPN Lumut.

    Ia diharap akan dapat diperluaskan lagi bagi memupuk keharmonian, kebersihan serta kesejahteraan bagi penduduk serta kawasan RPN Kampung Lumut.

    ATAS & BAWAH : Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan taman permainan bagi Zon A, RPN Kampung Lumut, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda