Tuesday, April 1, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gotong-royong didik masyarakat bermuafakat

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Kurang dari seminggu saja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan yang dinanti-nantikan iaitu bulan Ramadan.

    Dalam menyambut kedatangan bulan suci itu pelbagai pihak telah mengambil peluang mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan kempen membersihkan masjid dan tanah perkuburan orang-orang Islam yang diselajurkan dengan bacaan tahlil.

    Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, jemaah, Muslimah, belia dan beliawanis tidak ketinggalan bergotong-royong mengadakan kempen membersihkan masjid dan tanah perkuburan orang Islam di kampung berkenaan, hari ini.

    Kempen itu meliputi pembersihan tanah perkuburan orang Islam Sijampang dan Sri Menanti, Kampung Sungai Besar.

    Kempen tersebut diketuai oleh Penasihat 1 AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    “Kita gembira dengan penglibatan AJK, jemaah, Muslimah, belia dan beliawanis yang menggalakkan.

    “Kempen ini menjadi satu amalan yang diberkati dan sebagai amal jariah menjanjikan pahala yang berlipat ganda,” jelas Haji Mohidin.

    Kempen tersebut membantu mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan, menggalakkan dan mengekalkan kerjasama serta kemuafakatan dalam semua peringkat melalui aktiviti bergotong-royong.

    Gambar ramai AJK masjid, jemaah, Muslimah serta belia dan beliawanis yang menyertai kempen berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda