Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    GP British kekal di Silverstone

    LONDON, 9 FEB – Grand Prix British akan diadakan di Silverstone untuk 10 tahun akan datang selepas pengumuman perjanjian jangka panjang baharu dengan venue tersebut kelmarin.

    Kontrak lima tahun Silverstone dengan pemilik Formula Satu dari Amerika, Liberty Media, akan tamat pada tahun ini.

    Litar Northamptonshire, yang dimiliki oleh Kelab Lumba Pemandu British, telah berdepan dengan spekulasi yang mengatakan bahawa ia mungkin kehilangan Grand Prix berprestij dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Tetapi perjanjian baharu pada Khamis, yang dilaporkan bernilai AS$37 juta setahun, mengekalkan perlumbaan di Silverstone sehingga sekurang-kurangnya 2034.

    “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa Grand Prix British akan kekal dalam kalendar untuk 10 tahun lagi dengan perjanjian ini,” kata presiden F1, Stefano Domenicali.

    “Silverstone merupakan tempat ikonik yang menjadi sebahagian daripada sejarah F1 dan ketika menghampiri tahun ke-90 menjadi tuan rumah Grand Prix, acara tersebut terus menarik peminat dari seluruh dunia untuk perlumbaan yang hebat di dalam litar dan pengalaman peminat yang menakjubkan di luar litar.” – AFP

    Foto bertarikh 18 Julai 2021 menunjukkan aksi pemandu Mercedes dari Britain, Lewis Hamilton (kiri) dan pemandu Ferrari Monegasque, Charles Leclerc semasa perlumbaan Formula Satu Grand Prix British di litar perlumbaan permotoran Silverstone di Silverstone, tengah England. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...