Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    GP China dibatalkan

    LONDON, 4 DIS — Formula Satu (F1) pada Jumaat mengesahkan Grand Prix (GP) China tidak akan diadakan pada 2023, sekali gus menjadikannya tahun keempat berturut-turut perlumbaan tersebut dibatalkan disebabkan oleh pandemik COVID.

    F1 tidak dapat diadakan di litar Shanghai sejak 2019 kerana China menetapkan dasar yang sangat ketat terhadap kawalan pergerakan, ujian virus dan sekatan kemasukan semasa pandemik, berbanding negara-negara lain dalam kalendar F1 yang telah lama melonggarkan langkah-langkah kawalan mereka. Pendekatan ‘COVID-sifar’ telah mencetuskan bantahan di China baru-baru ini.

    “Susulan dialog bersama pihak penganjur dan pihak berkuasa yang berkenaan, F1 mengesahkan bahawa GP China 2023 tidak akan diadakan kerana kesukaran yang disebabkan oleh situasi COVID di negara itu.

    “F1 sedang menilai pilihan alternatif untuk menggantikan slot pada kalendar tahun 2023 itu dan akan memberikan perkembangan terkini pada masa yang sesuai.”

    F1 pada tahun lepas telah memanjangkan kontrak dengan GP China sehingga tahun 2025.

    Perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung pada 16 April depan sebagai perlumbaan keempat daripada 24 perlumbaan pada musim depan. Ia bakal menjadi perlumbaan tuan rumah pertama buat Zhou Guanyu, pelumba F1 pertama dari China yang membuat penampilan pertama dengan Alfa Romeo pada musim ini dan akan berlumba pada tahun depan. – AP

    Gambar fail yang diambil pada 14 April 2019 menunjukkan para pelumba bersedia untuk memulakan perlumbaan F1 GP China di Litar Antarabangsa Shanghai, China. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda