MELBOURNE, 6 JULAI – Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) dan MotoGP dibatalkan hari ini buat tahun kedua berturut-turut berikutan kebimbangan pandemik COVID-19. Pihak penganjur bercadang untuk menganjurkan dua perlumbaan itu pada Oktober dan November namun berdepan kesukaran selepas kerajaan Australia menetapkan peraturan kuarantin wajib selama 14 hari untuk mereka yang tiba di negara itu.