Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    GP F1 Singapura 2022 catat rekod penonton paling ramai

    SINGAPURA, 2 OKT – Grand Prix Formula 1 (F1) Singapura 2022 mencipta rekod baharu pengunjung paling ramai dalam sejarah 13 tahunnya, menyaksikan 302,000 kehadiran penonton dalam tempoh tiga hari, menurut pihak penganjur, Singapore GP Pte Ltd.

    “Kembalinya Formula 1 sangat dinanti-nantikan, tiket habis dijual hanya beberapa jam selepas pelancarannya pada awal tahun ini.

    “Sejak pengumuman pembaharuan kontrak kami pada penghujung Januari lalu, kami hanya mempunyai beberapa bulan bagi membuat perancangan untuk menyusun persembahan mega sebagai menandakan kemunculan semula kami,” kata Timbalan Pengerusinya Colin Syn, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang GP Singapura hari ini.

    Selepas dua tahun menyepi kerana pandemik global 2019, menurut GP Singapura perlumbaan kali ini menarik penonton dari seluruh dunia, termasuk Australia, United Kingdom, Indonesia, Belanda dan Amerika Syarikat.

    Perlumbaan akhir yang mendebarkan petang ini menyaksikan Charles Leclerc berada di kedudukan petak pertama, Sergio Perez di petak kedua dan Lewis Hamilton di petak ketiga. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...