Tuesday, March 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Grab labur AS$500 juta

    SINGAPURA, 28 OGOS – Firma e-hailing gergasi, Grab, berkata ia akan membuat pelaburan sebanyak AS$500 juta bagi tempoh lima tahun di Vietnam, perkembangan terbaharu syarikat itu dalam usahanya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Asia Tenggara.

    Firma yang berpangkalan di Singapura itu telah berkembang dengan pesat sejak ia menamatkan pertempurannya dengan Uber tahun lepas, dengan membeli operasi pesaingnya itu di rantau tersebut.

    Grab, yang beroperasi di lapan buah negara di Asia Tenggara, sudah melaburkan banyak wang ke atas Vietnam sejak ia memasuki pasarannya pada 2014.

    Pelaburan baharu itu akan digunakan bagi perkhidmatan baharu seperti teknologi kewangan dan logistik, serta mengembang luaskan lagi operasi pengangkutan, makanan dan pembayarannya.

    “Pelaburan ini adalah bukti kami melipatgandakan komitmen kepada Vietnam,” kata ketua operasi serantau Grab, Russell Cohen.

    Dengan keramaian pen-duduk 100 juta, Vietnam merupakan antara ekonomi yang berkembang pesat di Asia Tenggara.

    Bulan lepas Grab berkata ia hendak membuat pelaburan sebanyak AS$2 juta di Indonesia dalam tempoh lima tahun, ketika ia cuba bersaing dengan firma e-hailing tempatan, Gojek.

    Grab telah menerima pelaburan lebih daripada AS$4.5 bilion dalam beberapa tahun kebelakangan, dengan Toyota, Hyundai dan Microsoft antara firma-firma yang memberikan sokongan. – AFP

    Pelaburan Grab akan digunakan bagi perkhidmatan baharu seperti teknologi kewangan dan logistik sambil mengembang luaskan operasi sedia ada. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda