Grab perluas rangkaian perkhidmatan

MERSING, 6 SEPT – Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab akan memperluaskan tiga rangkaian perkhidmatannya, iaitu GrabCar, GrabFood dan GrabMart ke beberapa bandar kecil di Semenanjung Malaysia bulan ini.

Ketua Bahagian Kerajaan dan Hal Ehwal Awam Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah berkata inisiatif itu bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti menjana pendapatan dan memperkasakan sektor ekonomi digital negara.

Antara kawasan terlibat ialah Cameron Highlands di Pahang, Pantai Remis di Perak, Baling di Kedah selain Mersing dan Segamat di Johor, katanya.

“Perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat dijangka bermula akhir September ini seterusnya khidmat GrabFood dan GrabMart (tanpa tunai dengan GrabPay) dirancang pada suku keempat tahun ini. Di utara Semenanjung, Grab akan mula beroperasi di bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling. – Bernama