Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Grabara: Haaland ‘bukan manusia’

MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 6 OKT – Erling Haaland hanya memerlukan 45 minit bagi menambah dua lagi gol dalam karier menakjubkan di Manchester City apabila gergasi England itu membelasah FC Copenhagen 5-0 dalam aksi Liga Juara-Juara.

Haaland kini menjaringkan 19 gol dalam 11 aksi kompetitif buat City dan dinafikan peluang hatrik keempat dalam lima aksi di laman sendiri apabila direhatkan pada separuh masa kedua oleh Pep Guardiola.

City mendahului 3-0 sebelum rehat ketika penyerang Norway itu dua kali meledak dari jarak dekat sebelum David Khocholava tersepak bola sendiri ke gawang berikutan hantaran Sergio Gomez.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini dalam hidup saya,” kata pemain tengah City, Jack Grealish mengenai jaringan Haaland.

“Saya hanya ketawa selepas melihat gol pertama dan kedua itu. Ia seperti ‘bagaimana?’ Dia sentiasa ada di sana.

Erling Haaland meraikan jaringan gol pertama pasukannya semasa perlawanan di antara Manchester City dan FC Copenhagen di Stadium Etihad, Manchester, barat laut England pada 5 Oktober 2022. – AFP

“Penjaga gol mereka berkata kepada saya, ‘Dia bukan manusia.'”

Riyad Mahrez mengambil kesempatan ketiadaan Haaland untuk meledak jaringan pertamanya musim ini daripada sepakan penalti sebelum Julian Alvarez melengkapkan kemenangan.

Bersama mata maksimum dalam tiga perlawanan awal, City makin hampir ke kelompok 16 terakhir dan boleh mengesahkan kelayakan berbaki dua perlawanan jika mereka menang di ibu negara Denmark dalam tempoh enam hari.

Copenhagen kini berada di pertengahan liga dalam aksi domestik mereka dan perlawanan kedua buat pengurus, Jacob Neestrup sebelum datang ke Etihad.

Namun bagi penjaga gol Copen-hagen, Kamil Grabara, City boleh dengan mudah mengatasi enam gol itu selepas menewaskan Manchester United pada Ahad.

“Sebab utama kami konsisten selama ini adalah selepas aksi seteru perlawanan di laman sendiri itu dan banyak pujian, kami boleh bermain Liga Juara-Juara dengan gaya kami,” kata Guardiola.

Haaland hanya mencipta 11 sentuhan sebelum digantikan selepas rehat, namun empat daripadanya menemui sasaran.

Pemain berusia 22 tahun itu kini mengumpul 28 gol Liga Juara-Juara dalam 22 penampilan dan meledak dalam sembilan aksi berturut-turut bersama City apabila dia menyempurnakan hantaran lintang Joao Cancelo selepas tujuh minit. – AFP

Artikel sebelum iniISB lahir pelajar IB cemerlang
Artikel seterusnyaSampai Hati!
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -