Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Grace cipta rekod baharu MBOR berlari atas sawat injak

    KUALA LUMPUR, 14 OKT – Pelari ultra-daya tahan, Grace Lim Swee Ching telah berjaya masuk ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk larian tanpa henti paling lama di atas sawat injak oleh seorang wanita.

    Pelari berusia 42 tahun itu menamatkan larian 226 kilometer (km) dalam masa 46 jam pada Sabtu lepas mengatasi rekod sebelumnya 25 jam sejauh 123.85 km dicatat oleh Melinder Kaur pada Julai 2022.

    “Untuk mencapai rekod ini, saya perlu fokus sedalam-dalamnya, baik dari segi fizikal mahupun mental. Saya berbangga kerana telah berjaya melakukannya dan berharap ia memberi inspirasi kepada orang lain supaya menyedari bahawa kita semua mampu melakukan lebih daripada apa yang kita fikirkan,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda