Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Graduan Haflut Takharruj ke-12 ITQSHHB dirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah SWT bagi meraikan kejayaan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian bagi sesi pengajian 2021-2024, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Haflut Takharruj ke-12, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Lembaga ITQSHHB.

    Turut hadir ialah timbalan menteri, setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), jemputan-jemputan khas, serta warga kerja dan para graduan ITQSHHB yang diraikan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pensyarah Diploma Aliyah Qiraat ITQSHHB, Haji Abdul Rashid bin Haji Mohammad Saad.

    Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pemangku Pengetua ITQSHHB Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yussof, selaku pengerusi majlis, yang diikuti dengan penyampaian Anugerah Cemerlang Diploma Aliyah Qiraat kepada 20 orang graduan yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan lima orang perempuan.

    Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada penaja dan Ahli
    Jawatankuasa Haflut Takharruj ke-12 ITQSHHB.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Doa Kesyukuran oleh Pensyarah Diploma Aliyah Qiraat ITQSHHB, Dr Sheikh Haji Mutiaa’ Al-Kabbani Mahmoud.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para graduan yang diraikan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Antara jemputan yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda