SEJONG, 16 NOV – Bilangan individu berumur 20an dan 30an yang memiliki ijazah sarjana muda empat tahun tetapi menganggur lebih enam bulan meningkat ke paras tertinggi dalam 13 bulan, menurut data hari ini, lapor agensi berita Yonhap.
Seramai 119,000 melaporkan mereka masih tidak mempunyai pekerjaan selama lebih enam bulan walaupun berusaha mencari kerja, menandakan angka tertinggi dalam tempoh empat tahun, menurut Statistik Korea.
Kadar pengangguran jangka panjang kekal melebihi sedikit paras 100,000 pada 2020 dan 2021 ketika pandemik COVID-19, namun berada di bawah paras itu sebelum melonjak semula bulan lepas.
Daripada 658,000 penganggur di seluruh negara bulan lepas, pengangguran jangka panjang merangkumi 18.1 peratus.
Khususnya, golongan berusia 20an dan 30an yang mempunyai sekurang-kurangnya ijazah empat tahun berjumlah 35,000, tertinggi sejak September tahun lepas. – Bernama


