Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Graduan UNISSA diraikan

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Para graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) diraikan dalam Majlis Malam Graduan sempena Hafl Al-Takharruj ke-7 UNISSA di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’ seni, Bandar Seri Begawan malam ini.

    Hadir pada majlis itu dan menyempurnakan penyampaian pingat dan hadiah-hadiah Buku Universiti kepada 47 orang penerima ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

    Pada majlis itu juga, UNISSA mengorak langkah mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajaran dan penyelidikan melalui penandatangan lima memorandum persefahaman (MoU) dan satu memorandum perjanjian (MoA) dengan enam buah institusi pendidikan.

    Penandatangan MoU termasuklah di antara UNISSA dengan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, University of Holy Quran and Islamic Sciences Sudan, Universitas Ibnu Khaldun Bogor, Indonesia, Osaka University, Jepun, Universitas Islam Negeri Sharif Hidayatullah Jakarta (pembaharuan MoU) dan MoA dengan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

    Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal disaksikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi, manakala menandatangani bagi institusi pendidikan yang terbabit ialah ketua atau wakil masing-masing.

    Salah seorang graduan menerima hadiah Buku Universiti daripada Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi.
    Pertukaran dokumen MoU dengan salah sebuah institusi pengajian.
    Antara pelajar yang diraikan pada majlis itu.

    Penandatanganan MoU dan MoA tersebut adalah selaras dengan usaha UNISSA untuk memperkenalkan kepada dunia luar tentang kewujudan universiti Islam yang unggul di negara ini sekali gus melonjakkan reputasi serta kedudukannya dalam arena pendidikan dalam dunia global.

    Dalam pada itu, graduan UNISSA yang diraikan pada majlis itu diseru mengembangkan kapasiti diri meskipun sudah memiliki ijazah kerana persaingan dalam dunia pekerjaan amatlah sengit pada ketika ini.

    Seruan itu dibuat oleh Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Malam Graduan sempena Hafl Al-Takharruj ke-7 UNISSA dalam ucapan alu-aluannya pada majlis itu. Beliau juga berharap graduan UNISSA sentiasa optimis apabila berhadapan cabaran getir dan mampu menanganinya dengan sewajarnya serta menganggap segala cabaran sebagai pendorong untuk lebih maju dan tidak mendepaninya dengan sikap pesimis, tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda