Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Grand Prix Jepun kekal sehingga 2029

    PARIS, 4 FEB – Grand Prix Jepun akan kekal di Suzuka sehingga sekurang-kurangnya 2029, demikian menurut penganjur Formula Satu pada Jumaat.

    Kontrak Formula Satu dengan litar legenda Jepun, salah satu kegemaran pemandu, sepatutnya tamat selepas perlumbaan 2024 tetapi kini telah dilanjutkan selama lima tahun.

    Tahun ini, buat pertama kali dalam sejarahnya, Grand Prix Jepun, yang telah diadakan di Suzuka sejak 1987 – kecuali pada 2007 dan 2008 apabila ia diadakan di Fuji Speedway – akan diadakan pada bahagian awal musim perlumbaan dan bukannya akhir.Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) telah memutuskan untuk menyelaraskan kalendar Kejuaraan Dunia Formula Satu bagi mengurangkan jejak karbonnya, dan pusingan Jepun, yang keempat pada musim ini, akan diadakan pada 7 April, antara Grand Prix Australia dan China.

    Pada 2023, seramai 222,000 penonton melawat Suzuka semasa Grand Prix hujung minggu, meningkat 10 peratus berbanding 2022, apabila litar itu kembali selepas dua edisi dibatalkan akibat pandemik COVID-19. – AFP

    Pemandu Red Bull, Max Verstappen dari Belanda (kanan), mengetuai perlumbaan selepas permulaan Grand Prix Jepun di Litar Suzuka, tengah Jepun pada 24 September 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...