NEW YORK, 27 SEPT – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin melantik semula diplomat Itali, Filippo Grandi sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian (UNHCR) untuk tempoh dua tahun setengah.
Penggal baharu beliau bakal bermula pada 1 Julai 2023 dan berakhir pada 31 Dis 2025, lapor Xinhua.
Pemilihan semula Grandi dipersetujui sebulat suara di Perhimpunan Agung itu.
Dilahirkan pada Mac 1957, Grandi menyertai UNHCR sejak 1 Jan 2016. Antara Januari 2010 dan Mac 2014, beliau mengetuai agensi PBB untuk pelarian Palestin, yang dikenali sebagai Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA). – Bernama