Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

Grandi dilantik semula pesuruhjaya tinggi PBB untuk pelarian

NEW YORK, 27 SEPT – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin melantik semula diplomat Itali, Filippo Grandi sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian (UNHCR) untuk tempoh dua tahun setengah.

Penggal baharu beliau bakal bermula pada 1 Julai 2023 dan berakhir pada 31 Dis 2025, lapor Xinhua.

Pemilihan semula Grandi dipersetujui sebulat suara di Perhimpunan Agung itu.

Dilahirkan pada Mac 1957, Grandi menyertai UNHCR sejak 1 Jan 2016. Antara Januari 2010 dan Mac 2014, beliau mengetuai agensi PBB untuk pelarian Palestin, yang dikenali sebagai Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA). – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -