SYDNEY, 19 OGOS – Oscar Piastri akan mempunyai grandstand yang dinamakan sempena namanya di Grand Prix Australia mulai tahun depan sebagai satu penghormatan kepada pemandu McLaren tersebut.
Piastri Grandstand akan terletak bertentangan dengan lorong pit di litar Albert Park di Melbourne, yang juga sebagai rumah kepada Piastri, pelumba berusia 24 tahun.
“Perasaan ini seumpama mimpi, ia masih berasa pelik dan mengujakan untuk berlumba di rumah,” kata pemandu teratas kejohanan dunia itu di media sosial.
Pemandu F1 terkenal yang lain dengan turut mempunyai hentian di Albert Park termasuk Jack Brabham, Arthur Waite, Alan Jones, Daniel Ricciardo dan Mark Webber.
Piastri kini mendahului kedudukan pemandu dengan 284 mata, di hadapan rakan sepasukan McLaren Lando Norris, dengan baki 10 perlumbaan grand prix dalam kempen ini.
Australia menjadi tuan rumah perlumbaan pertama pada musim depan.
Penamaan grandstand adalah penghormatan yang biasanya dikhaskan untuk legenda sukan dengan pencapaian yang panjang.
Bekas pemandu F1, Webber berkata, ia mencerminkan pencapaian Piastri yang memberangsangkan dalam memburu mahkota dunia yang pertama dalam perlumbaan tersebut.
“Jelas sekali dia sangat selesa di peringkat elit dan membuat kehadirannya dirasai. Ini sesuatu yang cemerlang dan mewakili Australia dengan cara yang disukai,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP






