Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan kepada orang ramai bahawa tempat duduk grandstand utama Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah ditutup sementara bermula hari ini.
Menurut KKBS, penutupan sementara berkenaan adalah bagi memberikan laluan kerja-kerja penaiktarafan grandstand berkenaan dan akan dibuka semula setelah kerja-kerja selesai dijalankan.
