Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Grant kecewa Ghana tersingkir

FRANCEVILLE, 3 Feb – Avram Grant tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas Ghana tewas 2-0 ke kepada Cameroon dalam aksi separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika awal pagi tadi, tetapi menegaskan pasukannya telah mengharungi kejohanan dengan baik.

Ia adalah penampilan keenam berturut-turut dalam peringkat separuh akhir bagi Ghana tetapi mereka telah dikalahkan oleh jaringan-jaringan Michael Ngadeu dan Christian Bassogog di separuh masa kedua di Franceville dan masih belum memenangi piala kejuaraan sejak 1982.

“Saya fikir kami bermain dengan baik sehingga sekarang,” kata Grant ketika ditanya mengenai kegagalan Ghana melangkah selangkah lagi dalam kejohanan itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ghana mara ke final dua tahun lalu di Equatorial Guinea tetapi tewas 9-8 dalam penentuan sepakan penalti kepada Ivory Coast selepas seri 0-0.

Reaksi jurulatih Ghana, Avram Grant ketika perlawanan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika antara Cameroon dan Ghana di Franceville. – AFP
Reaksi jurulatih Ghana, Avram Grant ketika perlawanan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika antara Cameroon dan Ghana di Franceville. – AFP

“Ia adalah generasi yang bagus, generasi baru, dan saya fikir mereka akan memenangi banyak kejuaraan,” tambah Grant.

Ghana masih boleh layak bagi Piala Dunia di Rusia tahun depan, tetapi masih belum pasti sama ada Grant akan kekal.

“Masa depan saya tidak begitu penting. Apa yang penting adalah kami tewas selepas bermain dengan baik dalam kejohanan ini,” kata bekas pengurus Chelsea itu.

Ghana kini perlu kembali ke bandar pelabuhan, Port-Gentil, di mana mereka ditempatkan ketika peringkat kumpulan, untuk bermain menentang Burkina Faso bagi penentuan tempat ketiga. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda