Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Great Eastern adakan Pejabat Terbuka TBC

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Kumpulan The Great Eastern Life Brunei, hari ini, memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan mengadakan pejabat terbuka bagi para pelanggan dan ahli-ahli korporat yang berlangsung di ibu pejabatnya di Kiulap.

    Sambutan dimulakan dengan menggaul ‘Yee Sang’ bagi nasib, kesihatan dan tuah yang baik. Pelanggan juga diberikan limau Mandarin bagi kemakmuran dan nasib yang baik.

    Ketua Perantaraan Cawangan Brunei, Thomas Thian berkata, “Pejabat Terbuka Tahun Baharu Cina kami diadakan sebagai tradisi tahunan yang mana mengambil peluang untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami, pelan kehidupan, rakan perniagaan dan persatuan-persatuan untuk menghargai mereka atas sokongan dan semoga mereka berjaya pada tahun ini.

    “Sambutan juga menyatukan bukan sahaja masyarakat Cina bahkan kaum lainnya. Ia memberikan platform bagi rakan kerja, kawan, rakan perniagaan dan pelanggan berkumpul dan berkongsi makanan dan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka,” tambahnya.

    Menurutnya lagi, tahun ini juga menandakan Sambutan Ulang Tahun Great Eastern ke-110 tahun sebagai sebuah syarikat paling lama dalam syarikat insurans.

    Sambutan dimulakan dengan menggaulkan ‘Yee Sang’ bagi nasib, kesihatan dan tuah yang baik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda