Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Great Eastern ceriakan Pusat Ehsan

    Oleh Rokiah Mahmud

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Bersempena ulang tahunnya yang ke-111, Great Eastern telah mengadakan karnival mini untuk membawakan kegembiraan kepada kanak-kanak di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), hari ini.

    Karnival yang diadakan di Taman Terapi Blok Pemulihan Pusat Ehsan itu membawa tema ‘Pikachu’ di mana kakitangan Great Eastern dan para perancang kewangan bersama kanak-kanak, guru dan kakitangan Pusat Ehsan berhibur dengan pelbagai permainan karnival, bouncer dan pelbagai hiburan.

    Ketua Interim Great Eastern, cawangan Brunei, Thomas Thian menyatakan bahawa ulang tahun ke-111 adalah pencapaian istimewa bagi Great Eastern dan mereka gembira untuk meraikannya dengan meluangkan masa bersama kanak-kanak Pusat Ehsan.

    Menurut beliau lagi, ia adalah satu cara kecil bagi mereka memberi balik kepada masyarakat.

    Pada acara itu, Thomas Thian turut menyampaikan sumbangan kepada Pemangku Ketua Pentadbiran Pusat Ehsan, Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin.

    Salah seorang kanak-kanak Pusat Ehsan menyertai salah satu aktiviti bersempena sambutan ulang tahun ke-111 Great Eastern.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda