Sunday, October 6, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Great Eastern Life rai TBC

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Great Eastern Life cawangan Brunei, hari ini, tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) pada tahun ini dengan menjemput lebih daripada 150 orang jemputan, terdiri daripada pemegang-pemegang polisi, perancang kehidupan dan rakan perniagaan Great Eastern Life di Brunei.

    Hadir bagi mengalu-alukan para jemputan ialah Ketua Cawangan Brunei, Aariz Patrick Ng.

    Acara tersebut merupakan tradisi tahunan bagi menzahirkan penghargaan kepada para pelanggan mereka selain para perwakilan kewangan dan rakan-rakan kongsi perniagaan atas sokongan berterusan mereka dan mendoakan yang terbaik bagi mereka menjelang tahun baharu ini.

    Aariz Patrick Ng (tiga kiri) bergambar ramai bersama pihak pengurusan dan ketua-ketua agensi Great Eastern life.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda