Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Greece berhasrat ‘hidup bersama’ COVID

    ATHENS, 20 APRIL – Greece berhasrat ‘hidup bersama’ COVID, kata menteri kesihatannya hari ini ketika negara itu bersedia untuk melonggarkan sekatannya demi merangsang industri pelancongan.

    “Selepas pandemik dua tahun, kami berada dalam fasa pengurusan berlainan, fasa hidup bersama dengan virus,” kata Menteri Kesihatan Thanos Plevris pada sidang media.

    Kes baharu dan kemasukan ke unit rawatan rapi hospital semakin menurun dan 85 peratus daripada orang dewasa Greece telah menerima suntikan vaksin, kata menteri.

    Greece, dengan ekonominya bergantung pada pelancongan untuk satu perempat daripada pendapatan negara, pada Februari membatalkan ujian saringan mandatori untuk pengembara yang memegang sijil vaksinasi Eropah.

    Pas vaksin tidak lagi diwajibkan di restoran, bar dan kedai mulai 1 Mei, sementara pemakaian pelitup muka mandatori di dalam bangunan akan dibatalkan mulai 1 Jun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...