Friday, November 29, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Greece cari dasar penghijrahan EU yang lebih ketat

    ATHENS, 30 OKT – Greece sedang mencari dasar migrasi Kesatuan Eropah (EU) yang lebih ketat bersiap menghadapi lonjakan pendatang dan pelarian akibat perang yang berterusan di Timur Tengah, kata seorang pegawai kanan kerajaan hari ini.

    Menteri Migrasi, Nikos Panagiotopoulos berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan kem tahanan di pulau Rhodes dan Crete selepas kadar ketibaan melalui laut meningkat lebih daripada dua kali ganda, bermula sejak tahun lalu.

    “Berdasarkan data semasa, kami meramalkan bahawa menjelang akhir tahun ini kira-kira 50,000 pendatang akan memasuki negara kami,” kata Panagiotopoulos kepada televisyen swasta Action 24. Kem pendatang sedia ada di pulau-pulau Greece kini berada pada kapasiti penuh, katanya, tetapi kemudahan tanah besar berada pada sekitar 60 peratus.

    Menteri itu berkata pendatang keba-nyakannya datang dari pantai Turkiye tetapi juga melalui laluan di Afrika Utara dengan ketibaan yang terjejas akibat konflik Timur Tengah.

    Tetapi dia menambah: “Kami sememangnya melihat beberapa kedatangan dari Lubnan, tetapi kami belum melihat lonjakan yang kami jangkakan daripada konflik berskala penuh di sana.” – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda