Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Greece umum borang soal selidik pelancong

    ATHENS, 29 JUN – Pelancong yang berkunjung ke Greece diwajibkan mulai Rabu ini untuk melengkapi borang soal selidik dalam talian 48 jam lebih awal untuk menentukan sama ada mereka perlu diuji untuk koronavirus selepas tiba di negara.

    Pada hujung minggu, kerajaan Greece menamatkan ujian rambang ke atas pelawat mengikut negara asal mereka, yang telah mengelirukan pelancong yang tidak tahu sama ada mereka harus bermalam di sebuah hotel untuk menjalani ujian selepas mendarat di Athens dan Thessaloniki, atau dikuarantin.

    Greece, yang mempunyai jumlah kematian rendah pada 191, telah melancarkan kempen promosi untuk memulihkan pelancongan, yang menyumbang kepada satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar, dan berharap menjamin pelawat serta penduduk Greece yang bimbang kebangkitan pandemik dengan kepulangan pelancong.

    Di bawah protokol baharu, pelawat diberikan kod bar yang boleh diimbas selepas mereka mengisi borang soal selidik dengan butir-butir peribadi seperti negara asal dan negara yang mereka kunjungi dalam tempoh 15 hari lalu.

    Soal selidik adalah wajib sehingga 30 Ogos.

    Kod bar akan diimbas dari kertas bercetak atau peranti di lapangan terbang atau pelabuhan ketibaan, yang akan menentukan sama ada pelawat akan diarahkan keluar atau ke kawasan pemeriksaan.

    Mereka yang diuji akan diberitahu untuk mengasingkan diri di alamat diberikan dalam borang soal selidik sementara menunggu keputusan.

    Protokol baharu ‘kemungkinan besar berupaya mengesan majoriti kes import,” beritahu Dimitris Paraskevis, anggota jawatankuasa pakar Kementerian Kesihatan kepada Skai TV. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda