Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Greece usir penulis Turki-Armenia

ATHENS, 7 JAN – Mahkamah Greece telah memerintahkan pembebasan seorang penulis Turki-Armenia, dengan syarat dia meninggalkan negara itu dalam masa dua minggu, kata kedutaan Armenia di Athens hari ini.

Sevan Nisanyang, seorang ahli bahasa dan penulis blog berusia 65 tahun, telah tinggal di bawah permit sementara di Greece sejak melarikan diri dari penjara Turki pada 2017.

Dia ditahan di pulau Samos pada 30 Disember 2021, selepas pihak berkuasa Greece enggan memperbaharui permit kediamannya, lapor isterinya, Ira Tzourou di laman sosial Facebook dan Twitter.

Kedutaan Armenia dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook mengatakan mahkamah pentadbiran telah “mengumumkan keputusan yang mana Sevan Nisanyang akan dibebaskan hari ini.”

“Menurut keputusan itu, dia diwajibkan meninggalkan Greece secara sukarela dalam tempoh 15 hari. Memandangkan Sevan Nisanyan adalah warganegara Armenia, dia boleh berlepas ke Armenia jika dia mahu,” tambahnya.

Dalam catatannya sendiri di laman sosial Facebook, Nisanyan mengumumkan dia telah pun dibebaskan.

“Saya telah dibebaskan daripada tahanan selepas lapan hari dipenjarakan,” tulisnya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -