OSLO, 13 MEI – Greenland kelmarin mengambil alih sebagai ketua Majlis Artik, dengan ketegangan diplomatik serantau yang meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk merampas wilayah autonomi Denmark.
Majlis itu, yang ditubuhkan pada 1996, telah menjadi model kerjasama, sehingga Rusia dikecualikan berikutan pencerobohan Ukraine pada 2022, dan aktiviti forum itu ditangguhkan.
Majlis Artik – terdiri daripada AS, Kanada dan lima negara Nordik – menangani isu yang dikongsi di rantau itu, termasuk laluan maritim, peluang ekonomi seperti hidrokarbon, mineral dan perikanan serta ancaman yang ditimbulkan oleh perubahan iklim.
“Dalam situasi geopolitik hari ini, adalah amat penting untuk mengekalkan forum untuk semua negeri Artik dan orang asli di rantau ini,” kata pengerusi majlis itu, Menteri Luar Norway, Espen Barth Eide. Menteri Luar Greenland, Vivian Motzfeldt telah dilantik untuk mempengerusikan majlis itu bagi pihak kerajaan Denmark, yang merangkumi Denmark, Kepulauan Faroe dan Greenland. – AFP
