PARIS, 27 Jun – Paras lautan meningkat 50 peratus lebih cepat pada 2014 berbanding pada 2013, dengan air cair daripada bongkah ais Greenland kini membekalkan 25 peratus daripada jumlah kenaikan paras laut berbanding lima peratus 20 tahun sebelumnya, lapor penyelidik semalam.
Keputusan itu menambah kepada kebimbangan yang meningkat di kalangan ahli sains bahawa paras air global naik lebih pesat daripada yang diramalkan hanya beberapa tahun lalu, dengan kesan yang negatif.
Beratus juta orang di seluruh dunia tinggal di delta rendah yang mudah terjejas, terutamanya apabila laut yang naik bergabung dengan tanah tenggelam disebabkan aras air bumi yang kehabisan, atau kekurangan mendapan yang disekat oleh empangan.
Bandar pantai utama turut terjejas, sementara beberapa negara pulau kecil telahpun mengemukakan rancangan untuk hari di mana negara tenggelam mereka tidak dapat dihuni lagi.
“Keputusan ini adalah penting disebabkan Panel Antarakerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC)” – badan nasihat sains PBB – “membuat ramalan amat konservatif tentang jumlah kenaikan paras laut pada akhir abad,” pada 60 hingga 90 sentimeter, kata Peter Wadhams, profesor fizik lautan di Universiti Oxford yang tidak mengambil bahagian dalam penyelidikan.

Anggaran itu, tambah beliau, mengandaikan kadar di mana paras laut naik akan kekal sama.
“Namun terdapatnya bukti, termasuk kehilangan jisim daripada Greenland dan Antartika, bahawa kadar sedang meningkat sebenarnya, dan meningkat dengan pesat.”
Greenland sahaja mengandungi air beku yang cukup untuk meningkatkan paras air laut kira-kira tujuh meter, walaupun pakar tidak bersetuju dengan had pemanasan global untuk pencairan yang tidak dapat diterbalikkan seperti sedia kala dan tempoh masa yang akan diambil sebaik sahaja ia berlaku.
“Kebanyakan ahli sains menjangka jumlah kenaikan adalah melebihi satu meter pada akhir abad,” kata Wadhams.
Kajian baru itu, diterbitkan dalam Perubahan Iklim Semula Jadi, bersetuju untuk kali pertamanya dua ukuran yang berbeza mengenai kenaikan paras laut. – AFP