LONDON, 3 JULAI – Sebuah mahkamah di United Kingdom (UK) hari ini mengenakan denda 80,000 pound ke atas Greenpeace kerana cuba menyekat operasi pelantar minyak BP di Laut Utara tahun lalu.
Mahkamah Seksyen Edinburgh mengeluarkan penalti tersebut, bersamaan dengan AS$99,900 atau 88,700 euro, selepas Greenpeace UK mencabul satu pengharaman untuk memasuki pelantar minyak yang dikendali oleh syarikat AS Transocean.
“Kami kecewa kerana operator pelantar BP Transocean telah berusaha menghukum kami kerana cuba melin-dungi planet,” kata pengarah eksekutif Greenpeace UK John Sauven dalam satu kenyataan selepas denda dikeluarkan oleh weblink. – AFP