MANCHESTER, ENGLAND, 30 JAN – Manchester United sedang meneliti dakwaan pemain penyerang mereka, Mason Greenwood kerana telah menyerang seorang wanita.
Kenyataan daripada kelab Liga Perdana Inggeris itu telah dikeluarkan sebagai respons terhadap dakwaan yang disiarkan dalam bentuk imej dan audio yang tidak lagi kelihatan pada akaun laman Instagram wanita berkenaan.
“Kami menyedari imej dan dakwaan yang tersebar di media sosial,” kata pihak United selepas ditanya mengenai Greenwood. “Kami tidak akan membuat sebarang ulasan sehingga fakta-fakta tersebut dapat dipastikan. Manchester United tidak membenarkan sebarang bentuk keganasan.”
Pihak polis di Manchester telah mengesahkan bahawa pegawai mereka sedang mencari maklumat mengenai dakwaan tersebut apabila ditanya mengenai Greenwood.
“Greater Manchester Police (GMP) mengetahui mengenai imej dan video yang tersebar di media sosial,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan. “Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan yang sebenarnya.”
Tiada maklum balas awam daripada Greenwood beberapa jam selepas dakwaan itu mula disiarkan.
Greenwood, yang berusia 20 tahun itu meneruskan menjadi pemain menerusi akademi United untuk menyertai pasukan utama. – AP