Friday, March 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Griezmann kuasa baharu Barcelona

    MADRID, 26 OGOS – Antoine Griezmann membuktikan Barcelona boleh menang tanpa Lionel Messi dan Neymar selepas dia menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-2 ke atas Real Betis semalam.

    Griezmann melemparkan konfeti ke udara ketika meraikan jaringan keduanya di Camp Nou, di mana dia adalah wira permainan, jika hanya untuk semalaman sahaja tanpa Messi yang masih kurang cergas.

    Prestasi cemerlang Barcelona mencetuskan sambutan hangat meskipun rentak mereka diragui selepas tewas kepada Athletic Bilbao hujung minggu lalu, di antaranya kebergantungan dengan Messi, keperluan Neymar dan masa depan Ernesto Valverde sebagai jurulatih.

    Tetapi ketika Carles Perez, Jordi Alba dan Arturo Vidal menjadikan jaringan tiga, empat dan lima, kesuraman di Camp Nou hilang bersama jaringan pendahuluan Nabil Fekir pada minit ke-15 yang berjaya dipadamkan Betis pada separuh masa.

    Rembatan kencang Loren Moron yang menakjubkan berdesup menuju penjuru gawang Betis pada lewat permainan ketika Barca memastikan tidak ada lagi penguasaan selepas tewas kepada Atletico Madrid, yang mengalahkan Leganes 1-0 awal Ahad dengan Real Madrid pula sekadar seri 1-1 dengan Real Valladolid pada Sabtu.

    Barcelona akan berharap Messi kembali untuk perjalanan ke Osasuna minggu depan tetapi dengan Luis Suarez dan Ousmane Dembele masih lama rehatnya, rentak tajam Griezmann menjelma tepat pada masanya.

    Ini adalah gol pertama pemenang Piala Dunia itu di Camp Nou dalam 14 penampilan, lima daripadanya untuk Real Sociedad dan lapan untuk Atletico dan prestasi keseluruhannya adalah seseorang yang bersedia untuk memimpin, bukan hanya berfungsi sebagai pelengkap Messi.

    Suarez dan Messi berada bersama penyokong ketika menikmati gol Perez yang berusia 21 tahun, membuat penampilan pertama sebagai pengganti Anssumane Fati, 16, yang menjadi pemain kedua termuda pernah bermain untuk Barcelona di La Liga. – AFP

    Griezmann (kiri) berjaya membolosi gawang Daniel Martin dalam aksi La Liga di Camp Nou, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda