Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Griezmann, Morata tampil cemerlang

    MADRID, 8 NOV – Antoine Griezmann dan Alvaro Morata masing-masing menjaringkan dua gol ketika Atletico Madrid membelasah Celtic dengan keputusan 6-0 yang beraksi dengan hanya 10 pemain pada awal pagi tadi untuk menduduki tangga teratas kumpulan Liga Juara-Juara.

    Skuad kendalian Diego Simeone itu berjaya mendahului menerusi jaringan awal Griezmann tetapi mengalami kesukaran sehingga penyerang Celtic, Daizen Maeda dibuang padang pada pertengahan separuh masa pertama kerana melakukan kesalahan dengan mengangkat kakinya terlalu tinggi.

    Morata menambah gol kedua sebelum separuh masa dan Atletico menyumbat gol pada separuh masa kedua, dengan kedua-dua penyerang kembali meledak gol dan Samuel Lino dan Saul Niguez juga menemui sasaran.

    Kemenangan Atletico meninggalkan mereka dengan lapan mata, satu mata di hadapan Lazio yang berada di tempat kedua, dan dua mata di depan pemimpin kumpulan sebelum ini, Feyenoord. Sementara itu, Celtic berada di tangga terakhir dengan hanya satu mata.

    “Pasukan kami tidak pernah mengurangkan rentak permainan, mereka sentiasa mencari lebih banyak gol,” Simeone beritahu Movistar.

    “Ia adalah saat yang sukar untuk semua orang (dalam kumpulan), ia akan menjadi mencabar hingga penghujung,” tambahnya.

    Jurulatih Atletico itu memberikan pujian kepada pemain utama mereka, Griezmann, yang menikmati salah satu musim terbaik dalam kariernya. – AFP

    Griezmann beraksi semasa perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan E di stadium Metropolitano di Madrid, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda