Friday, September 20, 2024
35.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Griezmann selamatkan Atletico dalam Liga Juara-Juara

    MADRID, 20 SEPT – Atletico Madrid bangkit daripada ketinggalan gol awal dari RB Leipzig dan menang dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara kelmarin.

    Antoine Griezmann sekali lagi menjadi pemain bintang Atletico, dengan gol penyamaan selepas 27 minit dan juga membantu Jose Gimenez dengan hantaran lintang untuk pemain Uruguay itu menanduk menjaringkan gol kemenangan pada akhir permainan.

    Pada mulanya, Leipzig mengejutkan Atletico pada minit-minit pembukaan perlawanan dengan permainan pantas mereka penyerang tinggi mereka, Benjamin Sesko meletakkan mereka di depan selepas hanya empat minit selepas Jan Oblak menyelamatkan rembatan Lois Openda berikutan serangan balas yang dimulakan Sesko.

    Terdapat beberapa detik gementar untuk Atletico selepas itu, namun Griezmann berjaya menenangkan kegusaran mereka apabila dia menyamakan kedudukan dengan rembatan kaki kanan selepas hantaran daripada Marcos Llorente.

    Separuh masa kedua adalah perlawanan yang seimbang, dengan Llorente menarik perhatian Atletico dan Xavi Simons untuk Leipzig, tetapi jaringan lewat Gimenez hasil hantaran Griezmann adalah menjadi penentu keputusan 2 -1 perlawanan. – Xinhua

    Aksi Antoine Griezmann (kanan) bersaing dengan pemain RB Leipzig, Amadou Haidara semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Madrid, Sepanyol kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda