LOS ANGELES, 29 Jan – Blake Griffin menghasilkan jaringan tiga-mata ketika pasukan Los Angeles Clippers melengkapkan kebangkitan terhebat pasukan itu sejak 2004 dengan mencatatkan kemenangan 112-103 ke atas New Orleans Pelicans semalam.
Griffin menghasilkan jaringan tiga-mata ketika perlawanan hanya berbaki 43 saat dalam laluan untuk mencatatkan 27 mata ke atas pasukan Pelicans yang beraksi dalam perlawanan pertama mereka sejak mengalami kecederaan kaki yang menamatkan musim pemain bintang all-star, DeMarcus Cousins.
Griffins berkata mereka menerima teguran pada suku masa pertama mengenai permainan mereka dari jurulatih Doc Rivers.
“Dia menegur kami sedikit. Dia berkata semua perkara kami perlu dengarkan,” kata Griffin. “Apabila jurulatih berkata apa yang anda perlu dengar dan pemain keluar dan melaksanakannya, ia adalah satu keharmonian yang sempurna.”
Lou Williams mengekori dengan 22 mata, DeAndre Jordan mencatatkan 12 mata dan 19 rebound, dan Tyrone Wallace menjaringkan 19 mata dalam kemenangan tersebut.

‘Kami tidak pernah merasakan kami ketinggalan. Kami mendapatkan harapan dalam keadaan naïf,” kata Williams. “Kami tidak memikirkan kami akan tewas.”
Anthony Davis mencatatkan 25 mata dan 17 rebound bagi pasukan Pelicans, yang jelas kehilangan bintang penyerang, Cousins selepas mengalami koyak tendon Achilles pada minit akhir kemenangan Jumaat lalu ke atas Houston Cousins dengan perkadaran 25.2 mata dan 12.9 rebound apabila mengalami kecederaan tersebut.
Pasukan Pelicans mengalami kekalahan kedua mereka dalam sembilan perlawanan lalu mereka.
Dalam perlawanan lain, Giannis Antetokounmpo menjaringkan 27 mata untuk membawa Milwaukee Bucks mencatatkan kemenangan 110-96 ke atas Chicago Bulls. – AFP