MENOUFIA – Di sebuah kampung kecil bernama Gris, yang terletak di Gabenor Menoufia, utara Kaherah, seorang lelaki berusia 60 tahun, Hassan Naser, tekun menghasilkan sarang burung merpati menggunakan roda tembikarnya di sebuah bengkel kecil yang dihiasi dengan relau lumpur tradisional. Naser berkata, seni pembuatan tembikar telah diwarisi oleh keluarganya selama lebih 150 tahun. Sebahagian besar